26 Ogos 2016

Misi Memburu Musang King

     Sejak awal Ramadhan 2016 lagi aku berasa begitu teruja nak mencari Musang King. Tapi disebabkan bulan puasa aku terpaksa menangguh angan ku untuk mencari Musang King kerana dikhuatiri dahaga yg melampau masa berpuasa.
     Setelah Raya Aidil Fitri berlalu, aku masih lagi tercari cari dimana boleh aku memperolehi dan menjamah Musang King ni. Untuk melepaskan keinginanku terhadap Musang King, aku terpaksa menjamah dahulu jenis kampung dan D24. Tetapi masih juga tidak dapat menghilangkan rindu kesumatku terhadap Musang King ini.
     Aduhhhh. Mungkin petang 24 hb Ogos 2016 aku melakukan kerja yg diluar jangkaan aku sendiri dengan bermusafir ke negeri Pahang untuk mendapatkan Musang King ini. Harapanku biarlah anganku terlaksana. Amiinn..

01 Mac 2013

Membongkar Bonggol pokok Kawis Batu@Narita

Pembongkaran dijalankan pada jam 2.30 ptg hari isnin bertarikh 28 februari 2013.. Tidak menyangka bahawasanya terdapat bonggol yg begitu menawan.. Terpana dan terkesima melihat keunikan ciptaan Allah yang Maha Besar.. Dengan harapan pokok ini sihat dan membesar bagai Johan..

21 Januari 2013

Trainning Bonsai

Sedang melatih pokok jadi bonsai.. nanti upload banyak lagi gambar...

04 Disember 2012

S Corner

Destinasi yg tak lepas kalau dtg cameron highland mesti singgah sini.. Sebabnya tempat ni agak santai kalau nak melepak. Kedai yg jual cenderamata pun banyak gak kat sini. Sambil pekena kopi putih leh layan nengok keta jem naik bukit menghalam ke Kea Farm yg tepi hotel tu. Terpikir lak aku kalu keta yang guna gear manual cam aku. Mau tercabut kepala lutut duk menekan klachh.. Layan je la..

09 November 2012

Jamuan Akhir Tahun 2012

Saban tahun jamuan diadakan setiap akhir tahun diminggu terakhir persekolahan, semuanya sama saja tetapi pada tahun ni agak terasa kelainan sedikit kerana di dalam jamuan ini disertai jamuan perpisahan Guru Besar yang disayangi oleh warga sekolah..

Walaupun terkadang aku terasa hati dengan beliau, tetapi pada aku dia tetap aku hormat dan sangat menyanjunginya.. Seorang guru besar yang mempunyai wawasan yang tinggi.. Banyak benda baru yang aku dapat pelajari dari bimbingan dan dorongan darinya.. Terima kasih Tuan Haji  Adzhar Alias.. Touching lak aku ni..sob sob sob..

Aku upload la skit gambar dari jamuan sekolah aku ni.. Ni Guru Besar sedang berucap sempena pertukaran beliau..

Ni lak gambar yang terdapatnya hadiah cabutan bertuah.. bertuah gak aku mlm jamuan ni.. dapat Speaker Sonic Gear.. dah lama teringin nak beli, tapi tak terbeli.. rupa2 nya nak dapat cabutan bertuah.. Alhamdulillah.. paling grand punya hadiah tv lcd 30 inci dapat kat mak buyung cikgu salwani torman..

Ada banyak lagi gambar, tapi rasanya malas nak uplaod bebanyak.. rugi broadband aku.. aku letak dua je cukup dah kut utk pengisian blog aku ni..


semoga jamuan akhir tahun akan sentiasa berbeza dari yang sebelumnya.. BABAiiiiiiii...

03 November 2012

Ntah le...

Buat julung kalinya aku meng"update" blog aku ni yang sekian lama terabai tanpa diziarahi.. tu pun sebab hari ni ada LADAP bina blog disekolah aku..

Dah malas menggoblogkan diri mengadap menatang alah ni.. sebenarnya seronok kalau ada bahan yang nak diisi dalam blog ni.. idea tak berkembang nak mencari bahan atau benda yang nak di penuhkan dalam blog aku ni..

Jadi, cara terbaik ialah biarkan je la blog ni terbiar menjadi sampah maya dan sampai satu masa nanti mungkin blog ni akan berguna juga kpd diri aku..


GO GO GO GOBLOG..

30 Mac 2010

Pemakanan Genius Dlm Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Adapted From: http://www.angelfire.com/home/rahsiapandai/rahsia2/rahsia2.html

12 Februari 2010

Mencari Harta Kekayaan

Mencari harta kekayaan. Untuk apa? Silap-silap menyiksa diri kebanyakannya! Berwaspadalah kita hendaknya.

Cuba renungkan apakah matlamat harta yang kita cari sama ada kita sudah banyak harta yang terkumpul, atau masih dalam berusaha mati-matian mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya, walaupun kadang-kadang tidak disedari berupa syubahat atau berbentuk haram, sedangkan kita tahu masa untuk menikmatinya sekadar umur yang sedikit sekitar 50, 60, 70, 80.. tahun atau lebih sikit. Kita hendaklah faham bahawa harta kekayaan adalah pinjaman dari Allah. Harta itu milik Allah dan Allah berjanji apabila diinfakkan (bersedekah) Allah pasti akan menggantikannya. Jika tidak harta itu akan lenyap tanpa mendapat pahala dan nikmat di akhirat kelak. Ini 9 bukti berinfak itu sangat disukai atau dicintai ALLAH SWT.

1. Sebahagian dari harta kita makan, mungkin banyak atau enak sedap dimakan. Ianya habis dibuang menjadi najis.

2. Sebahagian harta yang mungkin banyak kita simpan, dalam setor, dalam bank atau dalam bentuk hartanah, saham, bangunan, motorkar dan lain-lain kehendak mengikut hawa nafsu selagi yang mau tanpa had. Semua jenis simpanan seperti dinayatakan di atas, belum pasti dapat kita manfaatkan atau mendapat faedahnya, kerana bila-bila masa kita akan menemui ajal tanpa kita ketahui masanya. Lambat laun akan mesti mati juga. Akhirnya orang yang mewarisinyalah yang akan menafaatkan.

3. Apa yang kita miliki juga, tidak semestinya kita menikmatinya, malahan orang lain juga yang menikmatinya.

4. Apakah sebenarnya yang benar-benar menjadi hak kita? Tidak lain dan tidak bukan ialah apa yang kita infaqkan ke jalan Allah swt, seperti zakat, sedekah kepada yang memerlukan yang kita diberikan ganjaran oleh Allah swt di akhirat nanti di saat dan ketika yang sangat kita memerlukan untuk hidup kekal dalam kebahagiaan di syurga Allah.

Cara untuk mendapat kebahagiaan serta keberkatan dari harta yang kita usahakan di dunia ialah dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1. Bersyukur di atas apa yang yang diberikan oleh Allah kepada kita.

2. Berbelanjalah harta kita mengikut lunas yang diredhai Allah untuk diri, ahli keluarga dan kebajikan masyarakat ke jalan Allah secara ynag halal.

3. Pastikan pendapatan yang diperolehi halal dari segi hukumnya mengikut syariat Islam.

4. Berzakatlah bila cuklup syaratnya haul kerana ini adalah fardhu sebagai rukun Islam.

5. Banyakkan sedekah yang berbentuk sunat. Firman an Allah swt;, " Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya". - (Surah Saba' : 39)

Al- Hafizh Ibnu Katsir berkata, " betapapun sedikt apa yang kamu infaqkan dari apa yang diperintahkan Allah kepadamu dan apa yang di perbolehkanNya, nescaya Dia akan menggantikannya untukmu di dunia, dan di kahirat enkau akan diberi pahala dan ganjaran, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis.."

6. Ingatlah mendaptkan harta dunia bermatlamatkan untuk dijadikan bekalan akhirat.

7. Sabda Nabi saw, 9/10 daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Perniagaan itu fardhu kifayah. BERUSAHALAH melakukan kewajipan tapi tidak bertentangan dengan ISLAM.

Wallahhu 'alam.

Peringatan Dari Al-Quran Mengenai Kehidupan Dunia

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"KEHIDUPAN DUNIA ITU TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYAKAN"
(SURAH ALI'IMRAN : 185

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"DAN TIADALAH KEHIDUPAN DUNIA INI SELAIN DARI MAIN-MAIN DAN SENDA GURAU BELAKA"
(SURAH AL'AN'AAM : 32)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"KETAHUILAH, BAHAWA SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA ITU HANYALAH PERMAINAN DAN SUATU YANG MELALAIKAN, PERHIASAN DAN BERMEGAH-MEGAH ANTARA KAMU SERTA BERBANGGA-BANGGA TENTANG BANYAKNYA HARTA DAN ANAK"
(SURAH AL-HADIID : 20)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"DAN TIADALAH KEHIDUPAN DUNIA INI MELAINKAN SENDA GURAU DAN MAIN-MAIN"
(SURAH AL-ANKABUUT : 64)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"PADAHAL KENIKMATAN HIDUP DI DUNIA INI (DIBANDINGKAN DENGAN KEHIDUPAN) DI AKHIRAT HANYALAH SEDIKIT"
(SURAH AT-TAUBAH : 38)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"MAKA JANGANLAH HARTA BENDA DAN ANAK-ANAK MEREKA MENARIK HATIMU. SESUNGGUHNYA ALLAH MENGHENDAKI DENGAN (MEMBERI) HARTA DENDA DAN ANAK-ANAK ITU UNTUK MENYEKSA MEREKA DALAM KEHIDUPAN DUNIA"
(SURAH AT-TAUBAH : 55)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"KEHIDUPAN DUNIA DIJADIKAN INDAH DALAM PANDANGAN ORANG-ORANG KAFIR DAN MEREKA MEMANDANG HINA ORANG-ORANG YANG BERIMAN"
(SURAH AL-BAQARAH : 212)

p/s: InsyaAllah akan dimasukkan sekali ayat Al-Quran.

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Merekalah yang memelihara, mengasuh serta mendidik anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah.
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong.

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'

" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.

26 Oktober 2009

Kisah Keluarga Ku di Perak

Ayah dan ibuku telah mendirikan rumah tangga pada????. Ahli keluarga ku seramai 11 orang adik beradik. Aku anak yang ke - 5. Di antara ramai-ramai adik beradik aku, aku lah yg agak terbantut sikit. Yang lain besar-besar dan tinggi-tinggi belaka. Aku ada 2 orang abang dan 2 orang kakak. Masing-masing telah mempunyai keluarga dan karier sendiri. Kebanyakkan adik beradik ku bekerjaya sebagai guru mengikut jejak langkah ayahku yang telah menjadi guru selama ?????.

Nanti la aku sambung.. malas lak nak pikir ayat power ni.. banyak keje nak kena settle..

07 Oktober 2009

Raya Tahun 2009

Aku sertakan gambar Hari Raya keluarga ku semasa beraya sakan di Selangor tempat bermustautin aku. Di Selangor masih ada lagi budaya berkumpul adik beradik dan ziarah kerumah-rumah sedara yang masih ada. Bermula rombongan atau baraan dlm bahasa Jawanya, (ntah betul ke tak aku eja tu) dari pagi hinggalah ke malam. Silap2 makan 2 hingga 3 hari tak abis. Kat Selangor ni penduduk kampung beraya sebulan.

Kat kampung kelahiran aku beraya hanya hari raya pertama saja. Kebanyakkan orang kampung kelahiran aku bekerja diluar. Dalam erti kata lain, berhijrah mencari rezeki di tempat orang. Bila dah balik kampung nak lepak la kat rumah bersama mak ngan ayah. Bak kata orang "ikan pulang ke lubuk".. duk lubuk je la malas nak keluar. Berbeza di kampung tempat aku bermustautin, selagi tak cukup 30 Syawal jgn harap nak duduk ileks.. kena jalan2 la ziarah ke rumah yang berkenaan.

Anak aku pulak tahun ni nak juga pakai tudung. Baru la comel kalu pakai tudung. Sebelah ni gambar bini aku bersama anak sedaranya. Yang didukung tu anak aku dan bini aku. Tudung anak aku senget.. hehehehe. Udah la skit2 aku cerita. Bukan org lain yg baca, aku sendiri gak yg baca.. Wakakakaka.


27 Mei 2009

Home Sweet Home

Rumah yang dibina di atas tapak kebun seluas 1.5 ekar dikelilingi pokok kelapa bali adalah impian kami berdua sejak dari mula perkahwinan pada 28 Mei 2005. Tanah tersebut adalah bahagian isteriku yang telah dibahagi sama rata oleh ayah mertuaku kepada anak-anaknya seramai 10 orang.
Mula dibina pada 3 April 2009 hari Jumaat sehinggalah kehari ini 27 Mei 2009 hari Rabu rumah masih lagi belum siap dengan sempurna. Aku dan isteriku telah berusaha keras dalam menghitung perbelanjaan bulanan demi menjayakan impian kami berdua. Kerjasama dan kesefahaman amat penting dalam hidup berumah tangga.

Pencarian pelan rumah yang dilukis sendiri sehinggalah menggunakan perkhidmatan internet, akhirnya kami dapat memutuskan pelan yang sesuai dengan kos yang kami ada. Pelan yang dibeli dari Dhia Design dengan harga satu pelan RM1 amatlah kami berpuas hati.

Kini rumahku sudah hampir 70% siap dibina yang diusahakan oleh sepupu isteriku yang bernama Jamsari (ENGGEK) bersama 3 orang pekerjanya iaitu Wak Musa, Wak Karim dan Anok yang begitu teliti dalam kerja mereka. Aku amat berpuas hati dengan komitmen dan cara kerja yang mereka buat.


InsyaAllah, aku akan berhijrah dari rumah sewaku di Ijok sekarang ini ke rumah baruku pada bulan Julai ini sekiranya tidak ada apa-apa halangan dan rintangan. Harapan ku rumah yang dibina ini akan dapat memberikan ketenangan dan keamanan dengan izin Allah keatas seluruh isi keluargaku. Amin.

Anak Ku Naurah


Tanggal 6 Januari 2008 jam 7.59 malam lahirlah seorang puteri yang dinanti-nantikan oleh kami berdua selama 3 tahun. Alhamdulillah kedua-duanya selamat dan sihat walafiat. Bayi yang lahir seberat 2.8 kg telah diberi nama AUNI NAURAH yang bermaksud 'bunga putih ketenanganku'.

Banyak dugaan yang ditempuhi dari hari pertama anakku dilahirkan sehinggalah kehari ini. Peristiwa demi peristiwa membuatkan aku insaf dan berfikir sejenak mengenangkan ibuku yang bersusah payah melahir dan membesarkan anak seramai 11 orang. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sejak dari dalam kandungan hinggalah besar. Kenangkanlah jasa ibu dan doakanlah agar ibu kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

Masa kian berlalu dan aku melihat perubahan demi perubahan berlaku terhadap diri anak ku. Kini anakku telah berumur 1 tahun 4 bulan. Doaku agar anakku menjadi orang yang berguna dan tidak melupakan kewajipan dia sebagai seorang ISLAM.