12 Februari 2010

Mencari Harta Kekayaan

Mencari harta kekayaan. Untuk apa? Silap-silap menyiksa diri kebanyakannya! Berwaspadalah kita hendaknya.

Cuba renungkan apakah matlamat harta yang kita cari sama ada kita sudah banyak harta yang terkumpul, atau masih dalam berusaha mati-matian mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya, walaupun kadang-kadang tidak disedari berupa syubahat atau berbentuk haram, sedangkan kita tahu masa untuk menikmatinya sekadar umur yang sedikit sekitar 50, 60, 70, 80.. tahun atau lebih sikit. Kita hendaklah faham bahawa harta kekayaan adalah pinjaman dari Allah. Harta itu milik Allah dan Allah berjanji apabila diinfakkan (bersedekah) Allah pasti akan menggantikannya. Jika tidak harta itu akan lenyap tanpa mendapat pahala dan nikmat di akhirat kelak. Ini 9 bukti berinfak itu sangat disukai atau dicintai ALLAH SWT.

1. Sebahagian dari harta kita makan, mungkin banyak atau enak sedap dimakan. Ianya habis dibuang menjadi najis.

2. Sebahagian harta yang mungkin banyak kita simpan, dalam setor, dalam bank atau dalam bentuk hartanah, saham, bangunan, motorkar dan lain-lain kehendak mengikut hawa nafsu selagi yang mau tanpa had. Semua jenis simpanan seperti dinayatakan di atas, belum pasti dapat kita manfaatkan atau mendapat faedahnya, kerana bila-bila masa kita akan menemui ajal tanpa kita ketahui masanya. Lambat laun akan mesti mati juga. Akhirnya orang yang mewarisinyalah yang akan menafaatkan.

3. Apa yang kita miliki juga, tidak semestinya kita menikmatinya, malahan orang lain juga yang menikmatinya.

4. Apakah sebenarnya yang benar-benar menjadi hak kita? Tidak lain dan tidak bukan ialah apa yang kita infaqkan ke jalan Allah swt, seperti zakat, sedekah kepada yang memerlukan yang kita diberikan ganjaran oleh Allah swt di akhirat nanti di saat dan ketika yang sangat kita memerlukan untuk hidup kekal dalam kebahagiaan di syurga Allah.

Cara untuk mendapat kebahagiaan serta keberkatan dari harta yang kita usahakan di dunia ialah dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1. Bersyukur di atas apa yang yang diberikan oleh Allah kepada kita.

2. Berbelanjalah harta kita mengikut lunas yang diredhai Allah untuk diri, ahli keluarga dan kebajikan masyarakat ke jalan Allah secara ynag halal.

3. Pastikan pendapatan yang diperolehi halal dari segi hukumnya mengikut syariat Islam.

4. Berzakatlah bila cuklup syaratnya haul kerana ini adalah fardhu sebagai rukun Islam.

5. Banyakkan sedekah yang berbentuk sunat. Firman an Allah swt;, " Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya". - (Surah Saba' : 39)

Al- Hafizh Ibnu Katsir berkata, " betapapun sedikt apa yang kamu infaqkan dari apa yang diperintahkan Allah kepadamu dan apa yang di perbolehkanNya, nescaya Dia akan menggantikannya untukmu di dunia, dan di kahirat enkau akan diberi pahala dan ganjaran, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis.."

6. Ingatlah mendaptkan harta dunia bermatlamatkan untuk dijadikan bekalan akhirat.

7. Sabda Nabi saw, 9/10 daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Perniagaan itu fardhu kifayah. BERUSAHALAH melakukan kewajipan tapi tidak bertentangan dengan ISLAM.

Wallahhu 'alam.

Peringatan Dari Al-Quran Mengenai Kehidupan Dunia

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"KEHIDUPAN DUNIA ITU TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYAKAN"
(SURAH ALI'IMRAN : 185

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"DAN TIADALAH KEHIDUPAN DUNIA INI SELAIN DARI MAIN-MAIN DAN SENDA GURAU BELAKA"
(SURAH AL'AN'AAM : 32)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"KETAHUILAH, BAHAWA SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA ITU HANYALAH PERMAINAN DAN SUATU YANG MELALAIKAN, PERHIASAN DAN BERMEGAH-MEGAH ANTARA KAMU SERTA BERBANGGA-BANGGA TENTANG BANYAKNYA HARTA DAN ANAK"
(SURAH AL-HADIID : 20)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"DAN TIADALAH KEHIDUPAN DUNIA INI MELAINKAN SENDA GURAU DAN MAIN-MAIN"
(SURAH AL-ANKABUUT : 64)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"PADAHAL KENIKMATAN HIDUP DI DUNIA INI (DIBANDINGKAN DENGAN KEHIDUPAN) DI AKHIRAT HANYALAH SEDIKIT"
(SURAH AT-TAUBAH : 38)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"MAKA JANGANLAH HARTA BENDA DAN ANAK-ANAK MEREKA MENARIK HATIMU. SESUNGGUHNYA ALLAH MENGHENDAKI DENGAN (MEMBERI) HARTA DENDA DAN ANAK-ANAK ITU UNTUK MENYEKSA MEREKA DALAM KEHIDUPAN DUNIA"
(SURAH AT-TAUBAH : 55)

MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T :
"KEHIDUPAN DUNIA DIJADIKAN INDAH DALAM PANDANGAN ORANG-ORANG KAFIR DAN MEREKA MEMANDANG HINA ORANG-ORANG YANG BERIMAN"
(SURAH AL-BAQARAH : 212)

p/s: InsyaAllah akan dimasukkan sekali ayat Al-Quran.

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Merekalah yang memelihara, mengasuh serta mendidik anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah.
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong.

Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'

" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.